Isu yg semakin hangat. Sehangat insan2 yg berada dalam kesesakn jalan raya semasa kjadian. Antara insan2 tu sape lg kalau bukan sy ngan suami la... Kami ni x pe la lg. Org mude... X dpt g tmpt nie, g tmpt tue... Ni yg makin hangat, sy bw mentua ngan mak su sekali p KL. Ingatkn, leh la shopping sikit sblm Ramadhan ni. Sian mereka...
Tu la, nak dijadikn citer yg kami ni x tau pun ade perhimpunan tue. Kalau tau, pasti x p KL.... Pg2, sblm jam 10.00 pg, kami kuar rumah. Nak mulakan hari yang indah ngan hati yg girang bakal membawa balik barangan shopping.... (kononnya...heheheh)
Masuk je Federal Highway, dah mula sesak. Ingatkan pe, rupanya, polis buat sekatan. Dari 4 lorong jadik 1. Itu yg pertama la. Yang keduanya, lepas bayar tol RM1.00 kami teruskan perjalanan & susur keluar menghala ke seksyen 18, Shah Alam. Nak renew road tax ngan insurans kete suami. Kete sy selesai sudah... Sampai kat bulatan ape tah, sesak la pulak. Lame la plak tggu x gerak2. Tetiba la idea dtg... Suami sy lalu jln dalam2, smpai la kat seksyen 18 tue.
Lps buat urusan, kami pekena roti canai sat. Pas tu, gerak ke rumah mentua. Sian dia tggu lame. Lps ambik mentua, sy g rumah mak su ambik dia plak.
Kami btolak la dgn hati yg gumbira. Nak abiskan masa sehari di KL. Untuk elakn sesak lg kat Federal Highway, kami lalu NPE terus ke Bangsar. Sblm masuk NPE, ade la deretan kuil tu, buat sikit perayaan kot. Nampak ramai jer. Sesak la jugak jln... Smpi kat Bangsar, jalan ke Dataran tutup lak. Jd, kami lalu kat jln pe tah depan PWTC tu terus ke bulatan Pahang. Dr situ ingat leh terus g Maju Junction, nak park kete. Tp, polis buat lg satu sekatan da.... Tak leh la kami masuk ke Maju Junction. Suami dah mula berasap! Dia bg idea naik LRT ke Masjid Jamek dr KLCC. So, p la kami ke KLCC. Smpi situ, parking dah la jauh. Sian mentuaku ngan mak Su jln jauh sket. Sesmpi jer kat kauter nak byr tiket LRT, pegawai tu plak kate, buat masa ni dia x jual tiket ke Masjid Jamek.
Ape lg, tdiam la kami ngan beberapa org depan & belakang kami. Kami g rehatkan badan kat food court sambil makan dunkin donuts ngan piza bersama air oren ngan air tebu. Lega la sket dpt merehatkan diri, tenangkan fikiran ngan pujuk sket2 hati nih... Huhuhu...
Lame la gak kami lepak kat situ. Tp, yg tak tahannya, ari tu (1 Ogos 2009) punya la ramai org kat KLCC. Smpaikan penin kapla dbuatnya... Tgk org mundar mandir, sini sana, mcm2 org ada....
Selesai sudah kami mlepakkan diri dgn kate sepakat yg sudah pun dbuat, kami pun kuar dr KLCC dan menuju ke Jalan TAR. Dgn harapan, sekatan polis dah x de. Tp, nyata tekaan meleset dan harapan (nak abiskan duet g shopping....heheh...) hancur. Kami ikut plan B iaitu g Carefour Subang. Tp, nak bg lagi hangat, nak kuar KL pun, kami tempuh 2 lg sekatan polis. Aduhai, dr minyak kete penuh, terus abis. Gara2 sesak atas jalan jer...
Al-hamdulillah, pe2 pun kami sampai gak kat Carefour Subang. Kat situ, dapat la mentua ngan mak Su, ape2 yg dihajati walau pun........
Sy je la yg x dape pe2 pong.... Sabo je la...
Sblm pulang, sempat kami menjamu selera kat food court mkn nasi goreng ngan kuey tiaw bersama ABC ngan teh tarik.
Smpi rumah mentua, lepak2 jap tgk berita jam 8.00 mlm kat tv3, baru la kami tahu al-kisahnya... Sian kami, sian kat peniaga2, tok nenek, makcik pakcik & sume dgn niat yg same nak bershopping... Ini sume gara2 insan2 yg kurang fikirkan pasal org lain. Rasenya, ok kot kalau nak buat perhimpunan ke, perarakan ke atau tunjuk perasaan ke kat tempat yg lebih luas dan lapang. Jgn la buat kat tmpt2 yg sempit dgn org & tmpt org carik rezeki... Sian...
Pe2 pun, kekecewaan sy tuk shopping dpt ditebus oleh suami pd hari esoknya.. Kami g One Utama Damansara. X bnyk, sikit pun jd la....
Tq sayang...
No comments:
Post a Comment