Mlm td (26 Ogos 2009) dpt msg dr Kak Linda (opis mate). Kak Linda kate dia dpt msg dr Kak Aimi (x opis mate) menyatakan anak Kak Aimi (Aleesya) +ve H1N1.
Pd kwn2 yg mengenali atau tidak, semoga kite dpt mendoakan kesihatan Aleesya semakin pulih dan bertambah baik.... Amin...
Pd Kak Aimi, bnykkan bersabar dan berdoa ya...
Pd sume jg peringatan tuk diri sy sdiri, gejala H1N1 kini semakin meningkat dan amat membimbangkan. Jd, sama2 la kite mengamalkan langkah2 pcegahn & sentiasa berwaspada. Mana2 yg menganggap mbasuh tangan itu x penting, make ubah la demi keselamatn diri jg org disekeliling... Oleh itu, sume aspek kebersihan diri jgn dipinggirkan demi kesejahteraan bersama...
Bila masanya kita perlu membasuh tangan:
· Sebelum makan atau menyentuh makanan, contohnya ketika membantu memasak atau menyediakan makanan.
· Selepas menggunakan bilik air atau tandas.
· Selepas menggunakan tisu untuk mengelap hidung.
· Selepas menyentuh haiwan.
· Selepas bermain di kawasan luar rumah.
· Selepas melawat orang sakit.
· Selepas balik dari sekolah. Jangan terus menyentuh ahli keluarga atau makanan tanpa membasuh tangan.
Info amalan membasuh tangan:
· Untuk mengetahui selama mana basuhan tangan itu berkesan, nyanyikan lagu selamat hari jadi untuk diri sendiri (selama 20 saat secara perlahan-lahan) ketika membasuh tangan, ia mencukupi untuk memastikan tangan bersih sepenuhnya.
· Basuh kedua-dua tangan, pergelangan tangan dan celah antara jari, sebaik-baiknya menggunakan air suam.
· Jangan lupa membasuh dengan membersihkan kuku kerana ia lokasi kuman bersembunyi.
· Saintis menganggarkan 80 peratus jangkitan penyakit merebak melalui tangan. Justeru, untuk mengurangkan risiko jangkitan, amalkan tabiat membasuh tangan sebaiknya.
· Membasuh tangan mengurangkan risiko jangkitan pernafasan sebanyak 16 peratus di negara membangun.
· Berdasarkan kajian, membasuh tangan dengan betul boleh mengurangkan risiko mendapat cirit-birit akibat serangan virus pada usus (stomach bug) sebanyak 47 peratus.
· Membasuh tangan juga mengurangkan risiko penyakit ciri-birit sebanyak 43 peratus.
Thanks Dilla atas doa...Alhamdullillah anak2 dah sihat. Sebenarnya 2 orang sekali kena H1N1 tu...Kakaknya dan Aleesha. Syukur semua kembali ceria
ReplyDeleteBeberapa ari lepas ade gak kami2 tertanya2 pasal akak ngan anak2. Al-hamdulillah, sume baik2... Pe2 pun, Slamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
ReplyDelete