Monday, August 3, 2009

BeiJiNg, ChiNa... (PaRt 1)

Nak ingat sume, memang x bape nak ingat la.... Tapi, yg pasti g Beijing sblm tahun 2008. Rasenye mase ni, kawen pun lum lg. Sbb masa sy g Beijing, tunang tersayang g Holland 3 bulan. Dan yang memang x leh lupe, kami pulang ke Malaysia pada hari yg same. Besh tak? hehehe... Org lain mungkin biase2 ajer, tp kami yg rase... kami tahu la....heheheh


Mase ni sy ngan 2 org opis mate smpi KLIA. Kami naik teksi Abg Mie (kwn kepada kwn punya kwn). Al-hamdulillah, dia x mintak tambang (sbb kami ni nak dara kot). Tp, atas ehsan kami, kami kuarkan la RM20 seorang. Ape2 pun, thanx ya Abg Mie.



Sementara menanti tren smpi, sempat la kami posing kat kete peronda. Yg nak ditunjuk ketenya, tp dek kerana org nya ramai, kete tu pun x nampak.....hehehe. Ok, dr kiri Azlina Mohd Khir (Ina), sy, Noratikah Ghazali (Tika), Norhayati Mohd. Nor (kak Yati), Hashimah Hussein (Shima), Kharsana Mohamed (Kak Ana), Sharipah Ayob (Kak Pah) & Sazurah Zulkifli (kak Zura, kadang2 sy panggil dia KZ jer...senang sket. Pendek & ringkas! heheheh). Mrk ni sekarang telah menjadi kenangan sy kecuali Shima la. Sbb kami masih bekerja satu bumbung lg. Yg lain dah mencari haluan masing2. Al-hamdulillah, rezeki Tuhan bagi...

Kami g Beijing anjuran opis. Kumpulan kami dibawa oleh Plus & Plus Travel Agency. Travel Agentnye baik, seorang nak dara. Namenya Kak Zara. Dialah insan yg bertanggungjawab membawa kami ke Beijing dan pulang ke Malaysia dgn selamatnya. Insya Allah...
D Beijing pulak, kami dibawa oleh travel agent yg telah berurusan ngan Kak Zara. Namanya Anwar. Dia pun baik, seorang muslim (walau muka cina) dan fasih bertutur dlm bahasa Melayu. Bnyk info menarik yg Anwar sampaikan menjadi ilmu buat kami sume. Thanx ya...

Sikit info tentang Beijing (Peking). Matahari terbit jam 5.14 pg. Jd, sure kelam kabut kalau nak solat subuh ngan terpaksa bangun awalnya... Pas tu, matahari terbenam plak jam 7.28 mlm. Kiranya, waktu solat bnyk berubah hingga kena ingatkan satu same lain.


Sampai sudah sy di Lapangan Terbang Beijing. Penat duk dlm plane tp sonok sbb dah smpi kat destinasi di tuju. Ni dlm airport, sejuk aircond dah biasa. Lum rase sejuk kat luar airport lg nih. Tp, sure sejuk giler... Ye la pertama kali rase sesejuk tu. Kat Genting Highlands ader gak rase sejuk, tp x la smpi kena pakai bj tebal.
Kami naik bas menuju ke Bandar Beijing melalui bangunan plaza tol dengan senibina cina yang berwarna biru. Selama ni kita tahu, cina ni terkenal dgn warna gold ngan merah nya... Tp, tol ni sume biru... Ade la tu maksud tersiratnya kot. Lupe plak nak tanya Anwar.

Pas tu, sepanjang perjalanan, sy nampak ramai sangat panunggang basikal. Tak kira la bermotor ke tak. Bandar Beijing memang ramai orang. Jd, kalau mrk nak harap pengangkutan awam, berape banyk lak bas ngan teksi ya... Tp, mungkin naik basikal ni leh menjimatkan dan mudah?.
Sblm mencekik, kami g Masjid Niujie (kalau x silap sy la). Masjid ni mempunyai bnyk sejarah lama. Masa sampai tu, agak sunyi sket. Dlm masjid ni pulak bnyk sgt bilik. Kalau masjid kite, masuk je masjid kite dah nampak luas dan tahu la mana nak solatkan?. Tp, nak cari tmpt solat wanita pun kami terpusing2. Seb baik ade nenek yg jaga masjid kuar tolong kami. Masjid ni memang boleh dipuji sbb sgt la bersih. Masuk dlam bilik solat wanita, kami nampak kain putih dibentang atas lantai. Memang bersih. Sampaikan nak pijak pun takut2. Bila dah ambik wuduk, nak mulakan la solat. Memandangkan kat Beijing ni sejuk, kami lengkap la berpakaian tebal, labuh, bersarung tangan & berstoking. Jd, kami cuma menyarung tudung telekung shj. Mase kami berdiri utk solat, nenek tu sediakan cam bantal kecik pd kami sorang satu. Ingat nak letak kat bahagian kepala masa sujud nanti. Rupanya, bantal tu letak kat bahagian lutut masa sujud nanti. Katenya, kat sini sejuk jd perlukan alas utk duduk bersolat. Al-kesahnya.... kami dgn separuh faham nenek tu menerangkan, kuar dr masjid penuh dgn rase hormatnya. Thanx nenek....



Perkara mesti buat adalah carik makan. Itu sume keje Kak Zara ngan Anwar. Mrk bw kami ke restoran muslim. Wah, hidangannya amat menyelerekan. Sume makanan yg dihidang abis kami mkn. Style org cina ni, mrk hidang satu persatu. Style org kite plak, hidangkan sume baru boleh makan. Jd, org kate masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembu.....la....hehehhe.


Lepas mkn, kat luar restoran tu ada la org jual brg2 cina. Kami x beli pun hanya memandang je sbb baru sampai. Penat, lagi pun bnyk hari lagi nak membeli belah hehehhe eksen. Cuba kalau last day, peniaga kecil cam tu pun kami layan.... hehehhe
Mlm tu kami balik otel dgn leganya. Sbb dapt rehatkan badan setelah sepanjang hari berada dijalanan. Sy same bilik ngan Ina. Kami x pasang aircond pon. Cuma pasang pemanas bilik jer... Tp, lame2 terase plak panas, kami buka tingkap otel. Dapat la rase sejuk cuaca luar. Tapi x la rase sejuk sgt sbb ada bnyk jaring berlapis. Pas tu, dapat lak mandi ngan air panas.... rasenye, bagaikan nikmat dunia la... Pas mandi ape lg, masuk dlm selimut la... Besh... Dah masuk dlam selimut tebal pun, sy still pakai stoking lagi... Sejuk beb....hehheeh org kampung la kata kan..... Tak pe, sy x penah malu kate diri org kg... Bersyukur lg ada.... Besh pe, ade kampung halaman...(eh, off topic plak...heheheh)



Kami memulakan hari dgn g tmpt2 yg memang menarik di Beijing. Antaranya, sy berminat nak bergambo ngan pasu ceramic nih. Besau tue... Kat sini bnyk barangan ceramic dihasilkan. Termasuk la gelang tangan, set cawan, pinggan mangkuk, perhiasan dan bnyk la lagi... Kami pun sempat tgk sendiri ceramic tu dihasilkan. Sungguh halus buatannya. Caya.....la.... Kat cinie, ade la satu dua barang yg sy beli.... Kalau p jln ni, kadang tu lupe beli brg sdiri. Ingat nak belikan org lain punya jer... Biasa la, kite dpt g, jd belikan la ole2 pd yg x g.... Baiknya ati sy.... cewah! hehhehe... Amin...
Kat sini, kami sempat makan tengahari dan solat. Kami mkn sate kambing goreng bercili. Tak bape nak lalu mkn pun sbb kambing sy x mkn... Kat sinikn sejuk... Jd, makan kambing leh membantu la utk memanaskan badan... Yg besh kat cinie cume teh cina jer sbb x de gula & sentiasa la panas. Maklum la sejuk.... Nak minum mineral water pun malas sbb sejuk. Bile sejuk mula la nak ke bilik kecik. Nak masuk bilik kecik kat tmpt awam?. Aduhai bercinta la.... Kat tmpt mrk lain, depa x guna air utk mencuci, jd faham2 je la ya... Kite jer la yg sibuk dok bw mineral water masuk bilik kecik. Sambil mencuci smbil mengaduh....sejuk!!!! heheheh
Hari yg same, kami teruskan perjalanan ke Tembok Besar. Yahoooo!!! tempat yg memang nak pegi.. Rasenya, kalau x g sini, cam tak sah la... Dia punya tembok la... panjang dan tinggi!. Memang selamat utk kite panjat. Mula2 naik, tembok tu rendah jer. Dah makin atas, makin jauh, makin la sejuk & rase tetiba jer tekanan darah jd rendah. Rase nak pitam pun ader. Muke pun dah naik pucat. Jd, lepak la jap kat tepi tembok. Syoknye, sume org tahu kami dr Malaysia sbb kami bw bendera Malaysia...heheheh Pe2 pun, Malaysia la negara kebanggaanku...
Tp kat sini de kenangan. Di mana nampaknya sy terpaksa membeli beg Beijing utk mengantikan beg yg dah putus talinya. Gitu sekali penangan Tembok Besar China buat sy... hehehheh


Dah bnyk peringkat kami daki, nak gak kumpul reramai tuk bergambo. Wah... ilang penat sbb sume muka happy2 jer... Heheheh terima kasih la ya pd pengurusan sbb buat lawatan nih. Kalau idak, bila la nak sampai cinie. Tp, terus terang sy kata kn!. Rase nak p lagi la..... Nanti la bila bb dah besau, dah pandai cakap n jalan lelaju... leh la di fiki2kn! hehehhe.

Bergambo kenangan bersame opis mate. Dr kiri Kak Anini, sy, (Saliza) Kak Sal & Rosmawati baharuddin (Ros). Mrk sume pun dah jadi kenangan sy sbb mrk telah membawa haluan sendiri... Tahniah la ya sbb masing2 pun dah ader bb.... hehehe


Tak larat nak panjat tinggi2, sy turun la ngan Ina, Ros & Siti Norhaizan Mohamad (Kak Izan / Kak Siti). Perasan tak, tembok belakang tu rendah jer...hehhe. Kalau belah2 atas, mak hai tinggi smpi x nampak permandangan. Nak tgk permandangan pun melalui lubang2 yg ader...


Dah penat seharian berjalan ke sana ke mari, kami g makan mlm kat restoren muslim tah kat mane la si Anwar ni bw... Tp, memandangkan kami ni dah penat. Hati rase mahu cepat pulang saja ke otel. Nak titun... mandi air panas... pastu, masuk dlm selimut yg tebal... Besh!!!!!! Mlm tu, sy hanya makan roti keras ngan teh cina jer...
(Ader bnyk lg citer ngan gambo. Nanti sy sambung ek! Skrg nak rehat jap....hehhee.)

No comments:

Post a Comment