Thursday, November 12, 2009

PhNoM pEnH, KeMbOjA... (PaRt 1)

Kisah lama dikenang kembali.... :)
Dlam kapal terbang duduk kat tepi tingkap kat epi sayap kapal. Rasenya detik ni la pertama kali sy naik kapal terbang..... Huyo... tatut... tapi besh.... :)

Bgambo bsame student UKM & Kak Hafzam kalau x silap dia ni dulu sebagai Penolong Pendaftar UKM.

Oh ya, sy ke Kemboja atas urusan kerja bersama beberapa orang rakan bagi Program Lawatan Kesedaran dan Keinsafan Diri Ke Kemboja pada 16 - 19 September 2003 dengan membawa rombongan dari UKM, Bangi. Suatu ketika dulu, opis sy buat program ni sangat la kerap. Pendek kate, semua rakan opis berpeluang pergi ke Kemboja.


Sampai je kat Kemboja, kami terus g kat tempat seksaan ni... Ape la namenya, sy dah lupe. Tp, bnyk tul ngan tengkorak ngan gambo2 org kena seksa. Sy difahamkan dulu tempat ni adalah sebuah sekolah. Tp, bila berlakunya kekejaman maka tempat yg damai bertukar menjadi tempat yg mengerikan. Ini citer dulu2 la. Sekarang tempat ni dah jd tempat bersejarah untuk dilawati oleh sesiapa pun...



Pandangan dr luar bangunan yg sudah uzur dan dinding2 yg penuh dgn percikan darah. Masya Allah, kalau x kuat semangat, jgn la masuk ya... Mase ni sy lum kawen, org kate masih brutal lg....heheheh badan pun tak bape nak bnyk lemak lg ni.... :)



Dlm bas nak balik otel...


Welcoming dinner ngan vip kat otel Puncak. Vip ni cakap bahasa Kemboja, tp telah diterjemahkan oleh En. Fauzi. En. Fauzi ni agen kami di Kemboja dan vip ni adalah mentuanya... Hebat x hebat... Bagusnya En. Fauzi ni, bnyk benda yg berlaku berjalan lancar dgn bantuannya. Dan dia de adik yg belajar kat UIA, Gombak kalau x silap. Jd, En. Fauzi ni ngan org2 Malaysia, dia dah biasa dah... Opis sy pun de la sekali tu jemput dia dtang menyertai seminar antarabangsa yg kami buat pd Januari 2008 kat Concorde Hotel, Shah Alam. Al-hamdulillah, keramahan En. Fauzi same cam dulu dan semoga ikatan silaturrahim sesama kita semua berkekalan. Insya Allah.....




Keesokkan harinya, kami g sebuah kampung ni untuk menderma dan meneratkan lagi silaturrahim juga melihat keadaan kehidupan org kampung di Kemboja. Pelbagai permandangan yg kami rakamkan. Memang beberapa taun kebelakang la dari negara kita MALAYSIA.... Dan sy bersyukur kerana menjadi warga Malaysia. Al-hamdulillah... Oleh itu, kita x patut memandang serong pd warga lain yg masih memerlukan pelbagai bantuan.

Kami bertapak sekejap di sebuah masjid dan dijamu dgn air kelapa seorang sebijik. Nah! minum jgn x minum kerana jika kite kehausan sekalipun, elakkan dr membeli makan juga minuman di tepi jalan. Amatlah la bahayanya bg kesihatan perut kita....


Sesi mengagihkan barang2 yg disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UKM - baju biru(maaf ya kalau x betul sbb sy ni ingat2 lupe...) sambil diperhatikan oleh En. Khairuddin - kanan (mase ni dia sebagai Pengurus Besar di opis.



Org2 kg yg turut hadir.


Dikesempatan ini, sy menghulurkan la duit kemboja sorang sekeping pd budak2 yg ade supaya mereka lebih seronok dgn kedatangan kami. Dan sy pun turut gembira melihat meraka gembira... (eh, ape la ayat sy nih... tak pe la, janji sy gembira....hehehhe)


Bergambo kenangan bersama vip yg ade....



Sekarang sy berada di dalam perpustakaan Universite Royale de Phnom Penh, Kemboja.








Bergambo kenangan bersama pelajar2 Kemboja & UKM.



Kat sebuah taman yg mesti dikunjungi. Lepak kat sini leh tgk terlalu bnyk penggunaan motorsikal dan penunggang tanpa menggunakan topi keledar...




Ehem2...


Satu lagi tempat yg kami kunjungi iaitu kat tepi sungai (ape ek...)







Tak tahu la pulak, tak leh pijak rumput... Sorry.... :)

No comments:

Post a Comment