Wednesday, October 28, 2009

SeNyUmAn DaN rAsUlUlLaH sAw

Bulan Oktober lepas sy bawa topik ni tuk tazkirah pagi Isnin. Rasanya topik ni sesuai sgt dan amat bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Ye la, bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi selalunya kita sendiri yg sentiasa menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Agak2 nape ya... :)

Senyum itukan satu sedekah.... Wahai kawan2 sekalian, senyumlah.... senyumlah... walau kita berada dalam kesusahan sekali pun kerana apabila kita berada dalam kesusahan, kemudian kite senyum, kita pasti dapat mengurangkan tekanan dalam diri....

Cewah, cam ustazah la pulak... :) Tak pe, ilmu kena dikongsikan ya...

Kawan2, sedar atau tidak, senyuman adalah ciptaan indah Allah swt. Bayangkan apabila kita berada dalam kekusutan, tetapi kita masih lagi boleh tersenyum kepada kawan2. Dan Rasulullah saw juga walau berada dalam keadaan marah, tetapi tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.

Lihat, begitu indah akhlak Rasulullah saw, walau seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman, kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Rasulullah saw sebagai manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik2 manusia dan seorang nabi juga rasul, tidakkah kita rasa malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikut perbuatan rasulullah saw kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit dan ia juga satu sunnah yang kita boleh ikut dan mendapat pahala.

Ada beberapa hal menarik Rasulullah saw yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumannya. Perkara ini nampak kecil dan tidak bererti tetapi tidak dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah saw memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah saw dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah saw dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan juga lawan.

Antara sahabat besar yang menjadi saksi kehidupan Rasulullah saw ada menyatakan betapa indahnya senyuman Rasulullah saw. Antaranya adalah Saidini Umar yang menyatakan bahawa: "Rasulullah saw tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya"(hadis diriwayatkan Ibnu Hibban). Seorang lagi sahabat Rasulullah saw, Abdullah bin Al-Harist pula menyatakan: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah saw" (hadis riwayat At-Tirmizi).

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman Rasulullah saw sebagai panduan dan pada masa yang sama menilai hikmah disebaliknya.

Senyumlah, kerana senyuman tidak mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi oleh orang lain. Selain itu, senyuman juga menzahirkan kita ini sebagai umat yang cukup mesra, lembut, bertoleransi dan beradab. Orang disekeliling pun akan turut berasa senang hati. Kalau asyik nak berkeras, muka pun boleh nampak tua dari usia sebenar. Kawan2 pun susah nak datang... Allah swt berfirman: "Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..." (Ali-Imran: 159).

Sudah pun sampai ke penghujungnya, jd sy akhiri dgn sedikit puisi ya...:

Senyum itu indah gambarnya

Rasanya manis tidak terkata

Bibir terukir, bagai lukisan menawan

Tertawan hati Adam dan Hawa

Tertawan bukan sekadar picisan

Tertawan hati iringi ganjaran Ilahi

Ganjaran bukan sekadar saja

Ganjaran pahala dijanjikan

Kalau senyum menguntum dihiasi

Cukup indah ajaran Nabi

Gembira hati kalbu Muhammad

Bila mana Umatnya bersama ikuti...

Jadi, marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah diantara kita dari semasa ke semasa.

Wahai kawan2, senyuman juga mendatangkan ikatan persahabatan dan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan.

Lagi satu pesan dan ingatan utk kita renungkan...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokkan paras boleh menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh musnah.

Tertariklah dengan seseorang yang boleh membuat kita tersenyum kerana hanya senyuman sahaja yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah :)

Semoga kita semua dipertemukan dengan insan2 sebegitu... Insya Allah, amin....



No comments:

Post a Comment