Bulan Oktober lepas sy bawa topik ni tuk tazkirah pagi Isnin. Rasanya topik ni sesuai sgt dan amat bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Ye la, bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi selalunya kita sendiri yg sentiasa menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Agak2 nape ya... :)
Senyum itukan satu sedekah.... Wahai kawan2 sekalian, senyumlah.... senyumlah... walau kita berada dalam kesusahan sekali pun kerana apabila kita berada dalam kesusahan, kemudian kite senyum, kita pasti dapat mengurangkan tekanan dalam diri....
Cewah, cam ustazah la pulak... :) Tak pe, ilmu kena dikongsikan ya...
Kawan2, sedar atau tidak, senyuman adalah ciptaan indah Allah swt. Bayangkan apabila kita berada dalam kekusutan, tetapi kita masih lagi boleh tersenyum kepada kawan2. Dan Rasulullah saw juga walau berada dalam keadaan marah, tetapi tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.
Lihat, begitu indah akhlak Rasulullah saw, walau seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman, kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Rasulullah saw sebagai manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.
Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik2 manusia dan seorang nabi juga rasul, tidakkah kita rasa malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikut perbuatan rasulullah saw kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit dan ia juga satu sunnah yang kita boleh ikut dan mendapat pahala.
Ada beberapa hal menarik Rasulullah saw yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumannya. Perkara ini nampak kecil dan tidak bererti tetapi tidak dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah saw memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah saw dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah saw dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan juga lawan.
Antara sahabat besar yang menjadi saksi kehidupan Rasulullah saw ada menyatakan betapa indahnya senyuman Rasulullah saw. Antaranya adalah Saidini Umar yang menyatakan bahawa: "Rasulullah saw tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya"(hadis diriwayatkan Ibnu Hibban). Seorang lagi sahabat Rasulullah saw, Abdullah bin Al-Harist pula menyatakan: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah saw" (hadis riwayat At-Tirmizi).
Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman Rasulullah saw sebagai panduan dan pada masa yang sama menilai hikmah disebaliknya.
Senyumlah, kerana senyuman tidak mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi oleh orang lain. Selain itu, senyuman juga menzahirkan kita ini sebagai umat yang cukup mesra, lembut, bertoleransi dan beradab. Orang disekeliling pun akan turut berasa senang hati. Kalau asyik nak berkeras, muka pun boleh nampak tua dari usia sebenar. Kawan2 pun susah nak datang... Allah swt berfirman: "Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..." (Ali-Imran: 159).
Sudah pun sampai ke penghujungnya, jd sy akhiri dgn sedikit puisi ya...:
Senyum itu indah gambarnya
Rasanya manis tidak terkata
Bibir terukir, bagai lukisan menawan
Tertawan hati Adam dan Hawa
Tertawan bukan sekadar picisan
Tertawan hati iringi ganjaran Ilahi
Ganjaran bukan sekadar saja
Ganjaran pahala dijanjikan
Kalau senyum menguntum dihiasi
Cukup indah ajaran Nabi
Gembira hati kalbu Muhammad
Bila mana Umatnya bersama ikuti...
Jadi, marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah diantara kita dari semasa ke semasa.
Wahai kawan2, senyuman juga mendatangkan ikatan persahabatan dan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan.
Lagi satu pesan dan ingatan utk kita renungkan...
Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokkan paras boleh menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh musnah.
Tertariklah dengan seseorang yang boleh membuat kita tersenyum kerana hanya senyuman sahaja yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah :)
Semoga kita semua dipertemukan dengan insan2 sebegitu... Insya Allah, amin....














Tunggu turn nak bergambo....... hehehhe

Yg ni pakcik sy, Jasmi Selamat (Cincun) ngan Iza & anak kesayangan..
Yn ni, mak cik sy. Namenya Kintan Selamat (Cik Ani) ngan Cik Jamaluddin bersama 3 org anak mrk. Dr kiri, Ujang, Ela ngan Fizi...
Atok ngan nenek bersama 9 orang anak mereka. Mak sy anak yg sulung. Kiranya, mrk tu dah berbaris ikut kelahiran la tue... :) Mak, Mak Ngah, Cik Ani, Cik Erk, Cik Anjah, Cita, Cik Bob, Cincun ngan Ucu...
Atok ngan nenek bersama 9 orang menantu mrk...
Atok ngan nenek bersama anak dan menantunya...
Antara cucu, cucu menantu dan cicit atok yg sempat dikumpulkan. Ekoran ramai sgt, mana yg sempat je la...
Yg ni bergambo semua.... Tp, ade gak yg x sume ader.... Yg sibuk layan anak kecil la, layan tetamu yg dtg la, mcm2 lg la... hehehe raye la katakan...






Setelah berpuase sebulan walau sy gagal melaksanakannya selama 3 hari, sekurang2nya sy bersyukur kerana dapat berpuasa dengan baik dengan kandungan 7 bulan nih.... Al-hamdulillah... 

Pagi raye, bermula la sesi bermaaf2an... Ade yg menangis, ade yg gembira, ade yg blur2, ade yg entah la mcm2 ragam. Agenda pertama, bermaafan sesama suami & isteri, kemudian bermaafan sesama anak beranak.













Tengok gelagat kwn2 melayan anak masing2... Mcm2 ragam...heheheh. Yg x berpuase tu, gaye cam dia plak yg lelebih puase.... Name yg dimaksudkan tu adalah si kecil Aishah..






