Pd tarikh ini sy selamat melahirkan seorang baby girl yang diberi nama DAMIA BINTI MOHD. AZRIN di Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam jam 1.35 tengahari.
Al-hamdulillah, anugerah Allah swt selepas 3 tahun menunggu...
dEtiK iNdAh PeNuH mAkNa...
Entah la... Doktor bnyk kali juga cuba mbuat pengenalpastian.... Mula2 dia kate lelaki. Pas tu bulan berikutnya, dia kate perempuan. Bulan berikutnya, perempuan lg... Bulan berikutnya, doktor kate, "kalau de sesape tanya bb girl or boy, ckp kat org tue, kalau bb ni bukan boy, maka dia adalah girl....". Dan tadi, sy g check up doktor kate may be girl.... 



Bergambo bsama mak ngan ayah.
Tak ketinggalan sy ngan asben. Alamak hai, gumuk tul la mak buyung nih! :) Masa ni kandungan sy lagi satu minggu adalah 9 bulan. Ni yang nak citer nih. Sebelum, semasa dan selepas kenduri, sy masih lagi ligat buat keje dan lupa jap yg sy dah sarat dah. Ye la, kak long la katakan. Adik kawin mesti la kiter yg x leh duk diam.... hehehe
Yg ni plak, gabungan keluarga sy ngan keluarga asben. Terima kasih bnyk2 sbb sudi menghadiri majlis kami.... Dan terima kasih juga pd adik ipar (Nizam) yg mengirimkan beberapa keping gambar kepada kami. Sbb kami2 ni x sediakan pun jurufoto sempena majlis perkahwinan ini. Nak tahu lanjut kena la adik lelaki sy tu menjawabnya... Em, sayangkan kalau x de kenangan di hari bahagia.... Tak pe la, yg ade ni pun cukup untuk dibuat kenangan...
Bila dua hati dah terjalin, selamatlah pengantin kami doakan. Moga redha Allah bersinar selalu. Pengantin baru, tanda bermulanya bahtera hidup. Ingat, dalam melayari bahtera rumahtangga, ada masa tenang dan masa gelisah. Juga, jangan nafsu diikut melulu, sabar dan kemaafan itu perlu. Beginilah resam manusia, tak lari dari ketentuan Ilahi. Suami ketua isteri pembantu, melangkah hidup saling berpadu. Susah dan senang hadapi bersama, moga kekal hingga ke syurga........ Amin.....
Kedatangan pengantin lelaki dan rombongan dijamu mata dengan persembahan silat. Agak lama la juga. Tp x pe asal sume berjalan dgn lancar. Terima kasih la kepada pengantin perempuan dan tuan rumah kerana menyambut kami dengan baik dan penuh senyuman.
Di hari majlis ni berlangsung, asben sy bw kawan opis dia dari Holland. Namanya En. Ton Schreur. Terima kasih la ya krn sudi menjadi tetamu kami di majlis ini. Harap En. Ton Schreur kiter ni bergembira....
Ini la satu2nya adik lelaki sy dan sedang menunggu majlis pernikahannya dilangsungkan kejap2 je lagi....
Akak ngan abg Azrin ucapkan, "Semoga cinta abg dan pasangan tiada penghujungnya dan semoga dipermudahkan segala urusan.... Ingat, sikap saling mempercayai dan smgt suka berbincang merupakan antara batu asas untuk membina keluarga yang aman sentosa".
Ini antara barang hantaran yg menjadi buah tangan kepada pihak pengantin perempuan....
Nak berlatih senyum ke bang? heheheh...
Kenangan bersama adik lelaki yg sorang nih...
Senyuman buat abang di hari bersejarah ni...
Majlis berlangsung dengan baik dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin. Al-hamdulillah, sekali lafaz jer, adik ku ini telah pun menjadi suami orang... Amacam? Lega?....
Mas kahwin pun diserahkan kepada yg empunya diri.... Terima dengan hati yg ikhlas ya...
Nampak pengantin memakai rantai pemberian, teringat plak masa majlis pernikahan sy...hehehheh. Rantai gak sebagai pemberian. Nanti la, kalau de mase, sy masukkan gambo sy plak ya....
"Em, cayang....dia...." Itu kot yg mrk bisikkan? :)
Senyuman lega dari kedua2 pengantin...
Agenda wajib dan mesti! hehehhe........... makan....................!!!!!!! Mari2 makan.....