Thursday, December 3, 2009

MaJliS pErNiKaHaN eiN....

Ini la satu2nya adik lelaki sy dan sedang menunggu majlis pernikahannya dilangsungkan kejap2 je lagi....
Lihat la, wajah yg menyembunyikan seribu satu rahsia....
Rahsia kah? heheheh.... Berdebar ya bang menunggu majlis akad nikah? :)
Akak ngan abg Azrin ucapkan, "Semoga cinta abg dan pasangan tiada penghujungnya dan semoga dipermudahkan segala urusan.... Ingat, sikap saling mempercayai dan smgt suka berbincang merupakan antara batu asas untuk membina keluarga yang aman sentosa".

Ini antara barang hantaran yg menjadi buah tangan kepada pihak pengantin perempuan....

Nak berlatih senyum ke bang? heheheh...

Kenangan bersama adik lelaki yg sorang nih...

Senyuman buat abang di hari bersejarah ni...

Ok, majlis pernikahan akan dimulakan kejap2 je lg nih...
Tp, macam de pe2 masalah jer...
Oh, ok.... pengantin lelaki lupa bw ic... Bole ke?.... Memang...memang... Seb baik la abg tgh duk kat situ, kalau idak... lama dah akak cubit idung tu.
Seb baik la juga mak dapat carik dlm kete.
Ni nak pesan nih!. Bagi bakal2 pengantin yg lum berpengalaman di hari pernikahan, elok la ambil ikhtibar ni ya... Ic tu jgn dilupa... Pentingnya ic tu sama cam pentingnya pen utk menandatangani surat nikah tau... cewah... pandai2 jer sy nih. Ye la, ic tu tok kadi nak bg kat bakal bapak mentua untuk buat pengecaman bahawa anak perempuannya berkahwin dengan orang yg benar... Kang ader la pulak, tersalah orng. Siapa yg susah....? Ish, mintak dijauhkan la...
Majlis berlangsung dengan baik dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin. Al-hamdulillah, sekali lafaz jer, adik ku ini telah pun menjadi suami orang... Amacam? Lega?....
Ingat ya bang, kehidupan abg sebagai seorang suami baru bermula. Bnykkan bersabar dan semoga dikurniai anak yg soleh dan solehah....

Mas kahwin pun diserahkan kepada yg empunya diri.... Terima dengan hati yg ikhlas ya...

Sekarang ni, barang2 hantaran plak.
Adik sy ni, tak sudah2 asyik2 biru...biru....biru...biru... jer... Tunang ari tu pun biru... Sabo je la... Lelaki la katekan... Tp, kalau warna silver pun ok gak. Ah, dah la. Majlis pun dah selesai.... Tahniah la ya pd pengantin! :)

Nampak pengantin memakai rantai pemberian, teringat plak masa majlis pernikahan sy...hehehheh. Rantai gak sebagai pemberian. Nanti la, kalau de mase, sy masukkan gambo sy plak ya....

"Em, cayang....dia...." Itu kot yg mrk bisikkan? :)

Senyuman lega dari kedua2 pengantin...

Agenda wajib dan mesti! hehehhe........... makan....................!!!!!!! Mari2 makan.....

Bergambo beramai2...
Sebenarnya, ramai lagi yg mengikuti dan mengiringi majlis pernikahan ini. Tapi dalam sibuk2 ni, tak teringat la nak bergambo2. Bila dah free2, baru la dapat mengambil gambo sekeping dua ni.. Pe2 pun, sy bg pihak pengantin dan juga keluarga mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua saudara mara yg turut menjayakan majlis kami dan mendoakan kebahagiaan kami. Insya Allah, Allah swt tahu niat baik dan keikhlasan kita semua dan semoga semuanya mendapat ganjaran pahala daripada-Nya... Amin...

No comments:

Post a Comment