Wednesday, June 16, 2010

AjAr MeNgAji

Sabar & disiplin ajar mengaji sekerap mungkin. Buat 5 hari seminggu.
:
Jangan marah. Hanya marah jika mereka tak mahu mengaji. Kalau rasa nak marah, tarik nafas panjang-panjang dan bertenang. Ingat, jika kita selalu marah swaktu ajar mengaji, anak tidak akan suka mengaji dan susah untuk disuruh mengaji.
:
Puji dan tepuk tangan serta buat suasana happy jika mereka membaca dengan betul. Beri imbuhan setelah selesai.
:
Jangan expect anak automatic pandai bila sekali diajar. Dan sangat mencabar untuk mengajar anak kecil krn mrk tak tahu duduk diam. Tapi insya Allah hasilnya lumayan!
:
Rajin2 membacakan surah yang kita ingin anak kita hafal sebelum mereka tidur malam dan sebelum mereka bangun dari tempat tidur waktu pagi. Lama-lama mereka boleh mengikut kita membacanya. Insya Allah, kalau kita tak menghafal, tetapi nak mengajar anak menghafal, kita pun boleh jadi hafal.
:
Yang paling penting, sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah swt untuk semua yang terbaik buat anak dan diri kita. Berdoalah di dalam dan diluar solat. Lebih bagus berdoa ketika anak masih kecil dan tiada dosa. Insya Allah.....

No comments:

Post a Comment