Wednesday, March 17, 2010

ApA yAnG kiTa KeJaR?

Dalam kehidupan kita, setiap hari kita paksa diri untuk mencari duit sebanyak mungkin. Kita berusaha untuk mendapatkan kuasa dan meraih pengiktirafan.

Kita abaikan kesihatan, pelajaran, masa bersama keluarga, keselamatan, perasaan orang lain, undang-undang. Kita langsung tidak menghargai keindahan alam ciptaan yang maha agung dan sering lupa pada tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Percayalah ……suatu hari nanti, kita akan sedar dari lena. Ketika itu barulah kita tahu bahawa perjalanan kita sudah terlalu jauh tersasar dari landasan.

Apa yang kita timbun selama ini langsung tidak membantu. Malah kita sebenarnya tidak memerlukan begitu banyak dalam hidup ini.
Sayangnya, ketika kita sedar ia sudah terlalu lambat. Kita tidak mampu memutar jarum jam ke belakang. Kita tidak mempunyai kekuatan untuk mengutip semula apa yang tercicir.

Ingatlah, kehidupan ini bukan untuk mengejar kekayaan semata-mata ataupun bermati-matian mendapatkan kuasa ataupun bertungkus-lumus mendapatkan pengiktirafan.

Kehidupan ini juga bukan sekali untuk kita menempa kekayaan sahaja.

Seharusnya kita bekerja sambil menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini.

Alangkah baiknya jika kehidupan ini diseimbangkan antara bekerja, belajar dan bergembira. Barulah kita dapat membahagikan masa antara keluarga dan diri sendiri.
Orang lain tidak boleh membuat pilihan atau menentukan kehidupan kita. Hanya kita yang mampu mengenal pasti apa yang utama. Gembira adalah makna sebenar kehidupan. Bukankah itu impian semua manusia?

Jadi rancanglah apa yang hendak kita buat dan nikmatilah keindahan alam semesta. Kehidupan ini terlalu rapuh dan singkat. Kesederhaan itulah kehidupan yang menyeronokkan.
Fikirkan semula apa yang kita kejar!

No comments:

Post a Comment