Monday, April 19, 2010

4 PeTuA kEbAhAgiAaN

Tu tajuk tuk tazkirah sy Isnin lepas. Bila smpi gilirn tuk buat tazkirah ni, pusing gak la kapla nak carik tajuk. Kang pilih yg berat2 kang cam ustajah plak buat ceramah hehehe...... Jd, sy pilih la tajuk yg ringkas jer. Semoga dgn pe yg sy ketengahkn dapat sdikit sbnyk mbantu sesame kite utk muhasabah diri.
:
:
:
KEBAHAGIAAN

Di mana kebahagiaan sebenar yang dicari bukanlah pada istana, harta karun, taman bunga, cek, kenderaan besar, makanan mahal, pakaian mewah dan sebagainya kerana itulah penyebab yang menjadikan jiwa kita sentiasa resah, tertekan, susah hati, gelisah juga tidak tidur lena ekoran mengenang hutang, maintanence dan pelbagai yang mengundang masalah.

Tetapi kebahagiaan yang dimaksudkan adalah dari keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, kelapangan dada kerana prinsip yang diyakini dan ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya…


Oleh itu, untuk meraih kebahagiaan,

1) Sentiasalah ingat kebaikan yang kita sering perolehi
Ia akan menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri menerima kebaikan itu. Jadi, mulai hari ini ingatlah siapa yang sering memberikan senyuman bila kita balik bekerja, ingat kembali saat indah kali pertama kita menerima sejambak bunga, sentiasa ingat kasih sayang ibu bapa, mentua, suami, anak-anak juga insan-insan di sekeliling kita.
Tapi dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan kepada kita, ingatlah kebaikan pihak yang paling berjasa kepada kita iaitu Allah swt.
Sesungguhnya kita tidak akan mampu menghitung kebaikan Allah swt kepada kita. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya. Renunglah, betapa besar dan banyaknya kebaikan yang Allah swt kurniakan di sekeliling kita. Syukur al-hamdulillah…


2) Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita buat
Dalam surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk (riak) kepada manusia, dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Jadi, jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut, jangan dimegah-megahkan. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti kerana ini hanyalah melalaikan dan sia-sia.
Ungkit ibadah kita kepada Allah swt juga jangan dilakukan kerana segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan Allah swt kepada kita.
Sesungguhnya, kita perlu bersyukur apabila diberi kesempatan dan kemampuan untuk berbuat kebaikan. Kerana ramai orang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkesempatan berbuat kebaikan, demikian juga orang yang berkesempatan tetapi tidak berkemampuan untuk berbuat kebaikan.


3) Sentiasalah ingat keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan
Semoga banyak pengajaran yang telah diambil dari setiap keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan untuk kita lebih berhati-hati dan tidak mengulanginya lagi.
Dan sentiasa ingat bahawa dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa pun, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah swt itulah yang paling perlu diingati setiap detik dan masa. Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila kita tidak ada rasa berdosa dan lupa pada segala kejahatan kita kepada Allah swt.
Jadi, semoga kita sentiasa beristighfar dan sentiasalah mengingati Allah swt supaya fikiran kita menjadi semakin terbuka, hati semakin tenteram, jiwa semakin bahagia dan nurani semakin damai sentosa.

4) Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang kepada kita
Sesungguhnya, setiap apa yang kita lakukan tertakluk kepada hukum karma, jadi tidak perlu kita fikirkan bagaimana untuk menyedarkan seseorang hanya untuk meluahkan kemarahan.
Ketahuilah juga bahawa manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa, sentiasa merasa sakit hati, emosi sentiasa negatif dan yang paling merugikan adalah tidak dapat menikmati nikmat anugerah Allah swt.
Sedangkan orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup dengan gembira, kita pula yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri kita, ke sudut mana sekali pun kita pergi. Bukankah itu sangat tidak menguntungkan. Hanyalah penderitaan dan tidak tenang dalam hidup yang diperolehi jika gagal memberi maaf.


Oleh itu, berilah kemaafan kerana Allah swt. Insya Allah, dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan, setiap luka pasti ada harganya dan setiap hal yang menyulitkan ada hikmahnya.


Sesungguhnya kebahagiaan kita akan sempurna apabila kita sudah melakukan semua kewajipan kita kepada Allah swt dan semua makhluk ciptaannya…

No comments:

Post a Comment