Thursday, November 12, 2009

PhNoM pEnH, KeMbOjA... (PaRt 2)

Malam kedua... Kami dinner secara free n easy...



Keesokan paginya, kami g ke Kedutaan.


Lps tu, g shopping.... yahooo.... Nama tmpt ni Pasar Thmey (kalau x silap ok...) Kat sini de mcm2 brg yg bole dijadikan ole2 utk yg menanti di rumah...


Antara yg sy beli kat sini ialah jam tangan rolex dan gelang tangan (sbb kat sini bnyk sgt batu2 yg menarik.... Ade tu, buah loket, sy masih lagi pakai smpi sekarang. Batu buah tu msih lagi berkilat dan tidak calar. Rugi rasenya x beli lebih....heheheh)



Sekarang ni sy sedang memilih alas meja. Memang la bnyk bercorak songket. Bnyk juga la sy borong. Masalah utamany adalah terlalu murah. Sape tak beli, rugi kot... Sbb sy pakai alas tu bertukar colour sampai sekarang masih lg elok. Selain tu, sy de beli kain ela bercorak kosong atau songket. Memang la menjadi kesukaan sy utk membeli kain ela ni. Sampai sekarang sy masih lg simpan bahan kain ela tu 2 pasang. Ingat lepas berpantang nanti, sy nak buat bj la... Lama sgt sy dah simpan. Lg yg sy ingat sy beli kat sini de la bj kemeja lengan panjang. Memang vote la kualiti bj tu...


Ok, dinner malam terakhir di Kemboja. Sekarang ni sy bersama ister Timbalan Naib Canselor UKM.



Bergambo sementara tunggu bas sampai untuk kami pulang...


Ini Ustz Azhar Tuarno. Semenjak mengenali beliau dolu2, dia ni x pakai pun handphone. Wal hal dia sudah bekerja (masa tu sebagai pensyarah kalau x silap). Jd, kami2 ni kalau nak buat program nak menggunakan khidmat beliau, alamakk hai, susahnya nak hubungi. Tp, tahu la kami cam ne nak carik dia.....hehehhe. Al-hamdulillah, kini sy melihat beliau berdiri dgn gayanya sambil membaca khutbah Jumaat di masjid negara.


Dah pun sampai Phnom Penh International Airport. Dah nak pulang dah..






Sian, 2 dari kanan ni dia demam sejak sampai Kemboja. Jdnya, tak dapat la dia melawat tempat2 menarik dan bersejarah di Kemboja... Tak pe, insya Allah kalau de rezeki nanti leh datang lagi ya...



PhNoM pEnH, KeMbOjA... (PaRt 1)

Kisah lama dikenang kembali.... :)
Dlam kapal terbang duduk kat tepi tingkap kat epi sayap kapal. Rasenya detik ni la pertama kali sy naik kapal terbang..... Huyo... tatut... tapi besh.... :)

Bgambo bsame student UKM & Kak Hafzam kalau x silap dia ni dulu sebagai Penolong Pendaftar UKM.

Oh ya, sy ke Kemboja atas urusan kerja bersama beberapa orang rakan bagi Program Lawatan Kesedaran dan Keinsafan Diri Ke Kemboja pada 16 - 19 September 2003 dengan membawa rombongan dari UKM, Bangi. Suatu ketika dulu, opis sy buat program ni sangat la kerap. Pendek kate, semua rakan opis berpeluang pergi ke Kemboja.


Sampai je kat Kemboja, kami terus g kat tempat seksaan ni... Ape la namenya, sy dah lupe. Tp, bnyk tul ngan tengkorak ngan gambo2 org kena seksa. Sy difahamkan dulu tempat ni adalah sebuah sekolah. Tp, bila berlakunya kekejaman maka tempat yg damai bertukar menjadi tempat yg mengerikan. Ini citer dulu2 la. Sekarang tempat ni dah jd tempat bersejarah untuk dilawati oleh sesiapa pun...



Pandangan dr luar bangunan yg sudah uzur dan dinding2 yg penuh dgn percikan darah. Masya Allah, kalau x kuat semangat, jgn la masuk ya... Mase ni sy lum kawen, org kate masih brutal lg....heheheh badan pun tak bape nak bnyk lemak lg ni.... :)



Dlm bas nak balik otel...


Welcoming dinner ngan vip kat otel Puncak. Vip ni cakap bahasa Kemboja, tp telah diterjemahkan oleh En. Fauzi. En. Fauzi ni agen kami di Kemboja dan vip ni adalah mentuanya... Hebat x hebat... Bagusnya En. Fauzi ni, bnyk benda yg berlaku berjalan lancar dgn bantuannya. Dan dia de adik yg belajar kat UIA, Gombak kalau x silap. Jd, En. Fauzi ni ngan org2 Malaysia, dia dah biasa dah... Opis sy pun de la sekali tu jemput dia dtang menyertai seminar antarabangsa yg kami buat pd Januari 2008 kat Concorde Hotel, Shah Alam. Al-hamdulillah, keramahan En. Fauzi same cam dulu dan semoga ikatan silaturrahim sesama kita semua berkekalan. Insya Allah.....




Keesokkan harinya, kami g sebuah kampung ni untuk menderma dan meneratkan lagi silaturrahim juga melihat keadaan kehidupan org kampung di Kemboja. Pelbagai permandangan yg kami rakamkan. Memang beberapa taun kebelakang la dari negara kita MALAYSIA.... Dan sy bersyukur kerana menjadi warga Malaysia. Al-hamdulillah... Oleh itu, kita x patut memandang serong pd warga lain yg masih memerlukan pelbagai bantuan.

Kami bertapak sekejap di sebuah masjid dan dijamu dgn air kelapa seorang sebijik. Nah! minum jgn x minum kerana jika kite kehausan sekalipun, elakkan dr membeli makan juga minuman di tepi jalan. Amatlah la bahayanya bg kesihatan perut kita....


Sesi mengagihkan barang2 yg disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UKM - baju biru(maaf ya kalau x betul sbb sy ni ingat2 lupe...) sambil diperhatikan oleh En. Khairuddin - kanan (mase ni dia sebagai Pengurus Besar di opis.



Org2 kg yg turut hadir.


Dikesempatan ini, sy menghulurkan la duit kemboja sorang sekeping pd budak2 yg ade supaya mereka lebih seronok dgn kedatangan kami. Dan sy pun turut gembira melihat meraka gembira... (eh, ape la ayat sy nih... tak pe la, janji sy gembira....hehehhe)


Bergambo kenangan bersama vip yg ade....



Sekarang sy berada di dalam perpustakaan Universite Royale de Phnom Penh, Kemboja.








Bergambo kenangan bersama pelajar2 Kemboja & UKM.



Kat sebuah taman yg mesti dikunjungi. Lepak kat sini leh tgk terlalu bnyk penggunaan motorsikal dan penunggang tanpa menggunakan topi keledar...




Ehem2...


Satu lagi tempat yg kami kunjungi iaitu kat tepi sungai (ape ek...)







Tak tahu la pulak, tak leh pijak rumput... Sorry.... :)

Wednesday, October 28, 2009

SeNyUmAn DaN rAsUlUlLaH sAw

Bulan Oktober lepas sy bawa topik ni tuk tazkirah pagi Isnin. Rasanya topik ni sesuai sgt dan amat bersangkut paut dengan kehidupan kita seharian. Ye la, bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman tetapi selalunya kita sendiri yg sentiasa menyukarkan senyuman itu terpamer di wajah. Agak2 nape ya... :)

Senyum itukan satu sedekah.... Wahai kawan2 sekalian, senyumlah.... senyumlah... walau kita berada dalam kesusahan sekali pun kerana apabila kita berada dalam kesusahan, kemudian kite senyum, kita pasti dapat mengurangkan tekanan dalam diri....

Cewah, cam ustazah la pulak... :) Tak pe, ilmu kena dikongsikan ya...

Kawan2, sedar atau tidak, senyuman adalah ciptaan indah Allah swt. Bayangkan apabila kita berada dalam kekusutan, tetapi kita masih lagi boleh tersenyum kepada kawan2. Dan Rasulullah saw juga walau berada dalam keadaan marah, tetapi tetap mempamerkan senyumannya hatta kepada orang yang tidak disukai.

Lihat, begitu indah akhlak Rasulullah saw, walau seseorang itu tidak disukai, Baginda tetap mempamerkan senyuman, kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Rasulullah saw sebagai manusia sempurna yang patut diteladani segala sifat, sikap dan tingkah lakunya.

Sebagai umatnya yang mengaku bahawa Baginda adalah sebaik2 manusia dan seorang nabi juga rasul, tidakkah kita rasa malu kerana tidak mengikut perbuatan Baginda yang sentiasa menghadiahkan senyuman kepada orang ramai. Sesungguhnya beruntunglah mereka yang mengikut perbuatan rasulullah saw kerana harga sebuah senyuman tidak ternilai dengan wang ringgit dan ia juga satu sunnah yang kita boleh ikut dan mendapat pahala.

Ada beberapa hal menarik Rasulullah saw yang jarang diungkapkan ramai iaitu mengenai senyumannya. Perkara ini nampak kecil dan tidak bererti tetapi tidak dikaji, sebenarnya senyuman Rasulullah saw memberi impak positif yang sungguh luar biasa. Hikmahnya, banyak kejayaan Rasulullah saw dalam misinya sebagai penyebar risalah tauhid disebabkan oleh senyuman dan keramahan Baginda. Disebabkan itu, Rasulullah saw dapat mempengaruhi orang ramai sehinggakan Baginda dicintai dan disegani kawan juga lawan.

Antara sahabat besar yang menjadi saksi kehidupan Rasulullah saw ada menyatakan betapa indahnya senyuman Rasulullah saw. Antaranya adalah Saidini Umar yang menyatakan bahawa: "Rasulullah saw tersenyum dan Baginda adalah orang yang paling bagus giginya"(hadis diriwayatkan Ibnu Hibban). Seorang lagi sahabat Rasulullah saw, Abdullah bin Al-Harist pula menyatakan: "Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah saw" (hadis riwayat At-Tirmizi).

Oleh itu, marilah kita menjadikan senyuman Rasulullah saw sebagai panduan dan pada masa yang sama menilai hikmah disebaliknya.

Senyumlah, kerana senyuman tidak mengurangkan rezeki sesiapa, malah dengan senyuman hati berasa tenang dan sentiasa disenangi oleh orang lain. Selain itu, senyuman juga menzahirkan kita ini sebagai umat yang cukup mesra, lembut, bertoleransi dan beradab. Orang disekeliling pun akan turut berasa senang hati. Kalau asyik nak berkeras, muka pun boleh nampak tua dari usia sebenar. Kawan2 pun susah nak datang... Allah swt berfirman: "Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu..." (Ali-Imran: 159).

Sudah pun sampai ke penghujungnya, jd sy akhiri dgn sedikit puisi ya...:

Senyum itu indah gambarnya

Rasanya manis tidak terkata

Bibir terukir, bagai lukisan menawan

Tertawan hati Adam dan Hawa

Tertawan bukan sekadar picisan

Tertawan hati iringi ganjaran Ilahi

Ganjaran bukan sekadar saja

Ganjaran pahala dijanjikan

Kalau senyum menguntum dihiasi

Cukup indah ajaran Nabi

Gembira hati kalbu Muhammad

Bila mana Umatnya bersama ikuti...

Jadi, marilah kita mengamalkan budaya senyum di kalangan kita kerana senyuman itu adalah penyeri kehidupan dan seri kehidupan itulah yang menghubungkan ukhwah diantara kita dari semasa ke semasa.

Wahai kawan2, senyuman juga mendatangkan ikatan persahabatan dan dari persahabatan itulah datangnya kekuatan.

Lagi satu pesan dan ingatan utk kita renungkan...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokkan paras boleh menyesatkan.

Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan boleh musnah.

Tertariklah dengan seseorang yang boleh membuat kita tersenyum kerana hanya senyuman sahaja yang dapat membuat hari2 yang gelap menjadi cerah :)

Semoga kita semua dipertemukan dengan insan2 sebegitu... Insya Allah, amin....



Tuesday, October 6, 2009

HaRi RaYa AiDiLfiTri... (PaRt 3)

Hari kedua raye... Posing sket kat rumah2 saudara mara... hehehe jgn mara a....












Ha, yg ni raye ketiga. Mengandung2 ni, bj buat 2 pasang je. Jd, raye ketiga mula la pakai jubah itam.......hehehee
Sy bergambo ngan sepupu suami. Namenya Yana. Semoga Yana cepat dikurniakan cahayamata ya...