Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Isteri pula, perlulah taat dan patuh kepada suami. Kesetiaan isteri kepada suami perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi yg tak ditimpa hujan.
:
Bila isteri mula bising bersuara, selalunya si suami tidak mbalas dengan kata-kata & berikn sedikit masa utk suasana tegang tadi mjadi reda kembali....
:
Jadi utk memujuk, suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah membuatkn si isteri mengukir senyuman...
:
Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.
:
Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati.
:
Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah mjadi benci. Benci terjadi dgn kesilapan isteri mahu pun suami yg terlupa seketika kebaikan atas sikap pasangan yang tidak menyenangkan hati. Dan terlupa juga utk berkomunikasi dgn baik utk memendekan tempoh kemarahan.
:
Oleh itu, kita haruslah sentiasa muhasabah diri & percaya bahawa setiap org ada kurangnya. Dan untuk hidup dlm kebahagiaan, kita perlu sentiasa positif & ingat kelebihan pasangan kita lebih banyak untuk dikenangkan. Kita insan tetap ada salah dan silap.
:
Jika pasangan kita tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, sekurang2nya, meriahlah suasana.
:
Ada juga pasangan yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu belanja keluarga dengan makanan istimewa.
:
Ramai juga pasangan yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana.
:
Dgn itu, ketepikan kekurangan pasangan dan ambil kelebihan. Pasti kita akan rasa bertuah beroleh pasangan seperti si dia.
:
Ubahlah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran pasangan dan dengarlah selalu lagu P. Ramlee & Saloma yg bertajuk: Sedangkan Lidah Lagi Trgigit.. Insya Allah.....
:
Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri
Buang yang keruh
Ambil yang jernih
Baru teguh peribadi.......
:
Marilah kita sama2 muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah swt setiap kebaikan menghapus kejahatan.
:
Maka, susunlah jemari pintalah kemaafan dari pasangan. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya dan ungkapkanlah ayat2 cinta..... "TERIMA KASIH SAYANG.....ENGKAU TERBAIK UNTUKKU"
:
Ingat, kehidupan didunia adalah sementara maka harus untuk mencari kebaikan dari apa jua kesalahan. Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
:
Semoga bingkisan rasa ini dpt direalisasikn dan semoga Allah swt memberi kita keberkatan atas apa jua usaha yang murni dan mendoakan kita beroleh kejayaan selalu, InsyaAllah. Amin....