Tuesday, April 27, 2010
PrEciOuS mOmEnTs
Tuesday, April 20, 2010
MoToSiKaL lAgi...
4 BuLaN
Ok, gitu la.... terima kasih ya...... Damia hari ini da semakin sihat & dpt menangani rasa skit dgn hebat. Bole tsenyum & bgembira. Mummy ngan Daddy bbangga krn Damia mpunyai semangat yg kuat tuk kembali sihat & ceria. Semoga Allah swt sentiasa mlindungi kita sume..........
Damia syg, wHeN i ThiNk Of YoU, i ThiNk Of AlL tHe GoOd TiMeS wE hAd ToGeThEr.........
Monday, April 19, 2010
BeZa Rm1 DaN rM50
OmOnG kOsOnG...
4 PeTuA kEbAhAgiAaN
Di mana kebahagiaan sebenar yang dicari bukanlah pada istana, harta karun, taman bunga, cek, kenderaan besar, makanan mahal, pakaian mewah dan sebagainya kerana itulah penyebab yang menjadikan jiwa kita sentiasa resah, tertekan, susah hati, gelisah juga tidak tidur lena ekoran mengenang hutang, maintanence dan pelbagai yang mengundang masalah.
Tetapi kebahagiaan yang dimaksudkan adalah dari keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, kelapangan dada kerana prinsip yang diyakini dan ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya…
Oleh itu, untuk meraih kebahagiaan,
1) Sentiasalah ingat kebaikan yang kita sering perolehi
Ia akan menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri menerima kebaikan itu. Jadi, mulai hari ini ingatlah siapa yang sering memberikan senyuman bila kita balik bekerja, ingat kembali saat indah kali pertama kita menerima sejambak bunga, sentiasa ingat kasih sayang ibu bapa, mentua, suami, anak-anak juga insan-insan di sekeliling kita.
Tapi dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan kepada kita, ingatlah kebaikan pihak yang paling berjasa kepada kita iaitu Allah swt.
Sesungguhnya kita tidak akan mampu menghitung kebaikan Allah swt kepada kita. Sekalipun air laut dijadikan tinta, seluruh ranting kayu dijadikan pena dan dedaun pokok yang ada di muka bumi ini dijadikan kertasnya. Renunglah, betapa besar dan banyaknya kebaikan yang Allah swt kurniakan di sekeliling kita. Syukur al-hamdulillah…
2) Lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita buat
Dalam surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk (riak) kepada manusia, dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Jadi, jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut, jangan dimegah-megahkan. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti kerana ini hanyalah melalaikan dan sia-sia.
Ungkit ibadah kita kepada Allah swt juga jangan dilakukan kerana segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan Allah swt kepada kita.
Sesungguhnya, kita perlu bersyukur apabila diberi kesempatan dan kemampuan untuk berbuat kebaikan. Kerana ramai orang yang mempunyai kemampuan tetapi tidak berkesempatan berbuat kebaikan, demikian juga orang yang berkesempatan tetapi tidak berkemampuan untuk berbuat kebaikan.
3) Sentiasalah ingat keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan
Semoga banyak pengajaran yang telah diambil dari setiap keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan untuk kita lebih berhati-hati dan tidak mengulanginya lagi.
Dan sentiasa ingat bahawa dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa pun, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah swt itulah yang paling perlu diingati setiap detik dan masa. Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila kita tidak ada rasa berdosa dan lupa pada segala kejahatan kita kepada Allah swt.
Jadi, semoga kita sentiasa beristighfar dan sentiasalah mengingati Allah swt supaya fikiran kita menjadi semakin terbuka, hati semakin tenteram, jiwa semakin bahagia dan nurani semakin damai sentosa.
4) Lupa-lupakanlah keburukan dan kesalahan orang kepada kita
Sesungguhnya, setiap apa yang kita lakukan tertakluk kepada hukum karma, jadi tidak perlu kita fikirkan bagaimana untuk menyedarkan seseorang hanya untuk meluahkan kemarahan.
Ketahuilah juga bahawa manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa, sentiasa merasa sakit hati, emosi sentiasa negatif dan yang paling merugikan adalah tidak dapat menikmati nikmat anugerah Allah swt.
Sedangkan orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup dengan gembira, kita pula yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri kita, ke sudut mana sekali pun kita pergi. Bukankah itu sangat tidak menguntungkan. Hanyalah penderitaan dan tidak tenang dalam hidup yang diperolehi jika gagal memberi maaf.
Oleh itu, berilah kemaafan kerana Allah swt. Insya Allah, dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan, setiap luka pasti ada harganya dan setiap hal yang menyulitkan ada hikmahnya.
Sesungguhnya kebahagiaan kita akan sempurna apabila kita sudah melakukan semua kewajipan kita kepada Allah swt dan semua makhluk ciptaannya…
Sunday, April 18, 2010
WaD aGaiN...
Panggiln tu dr UMMC nak kami bw Damia masuk wad tuk operation pg esokny. Ikut jadual, Damia akan dioperet pd 28 April 2010. Tp de kekosongn, jd de la tmpt tuk Damia. Sedey...walau tahu Damia akan dioperet tp kami ttp rase kberatn nak bw Damia g spital.
Daddy Damia dukung sbb bila Damia baring atas katil spital tu dia cam x bape nak happy. Mungkin sbb Damia da rase lain mcm. Ye la, da masuk wad...bila budak katil sblh merengek, Damia pun cam takut. Kami silih bganti mdukung buah hati pengarang jantung ni sbb nak bg dia happy. Tak kisah la kalau kami2 ni x dpt brehat. Yg penting Damia bkeadaan baik & x stress.
Akhirny, dpt jg Damia tido dlm keadaan spital yg x penah senyap tu. Itu pun dlm pangkuan neneknye (belah asben sy). Mentua sy ni la yg jg Damia ketika kami kuar bkerja. Terima kasih ya mak, abah. Doa kami smoga segala keikhlasn, kasih syg, budi baik, perhatian & ape jua... Allah swt mbalas dgn cara yg baik jua....
Tak lama mentua pulang, Damia pun baru je tido dlm katil dia, dah kene panggil dek doktor plak. Hmmmm, da mlm br dia nak buat keje. Kami ni yg memang kene bserah ngan kpakarn mrk tpaksa akur je.
Bila masuk bilik doktor pe lg, mummy ngan daddynye tpaksa la duk luar tggu je. Masalahny, kami bukan skadar menunggu. Tp turut mdengar jeritn anak ksygn menangis, mjerit bagai ddera. Sebak sgt hati mdgr org yg kita syg2kn melalak2 menangis tanpa henti. Sian sgt. Dlm hati x sudah2 memohon ksabarn, ktabahn & semangat kuat tuk Damia. Sy stiasa ingat ustaz / ustazah ckp, dugaan hanya dberikn kpd org2 yg mampu mengatasinya shj. Subhanallah....... Berat mata memandang....................
Selesai doktor ambik darah, Damia dberikn kpd kami. Al-hamdulillah, bila smpi dlm pelukn sy, Damia bole benti dr menangis. Sian sgt. Dlm keadaan yg mate dpejam2kn, konon x nak tgk doktor ke nurse lg... Sy mrasai sedu sedan Damia menahan tangis juga sakit. Sian, anak seawal 3 bln da tempuh saat2 getir cam ni. Sy sdiri takut ngan ksakitn, daddy nye plak yg kalau bole x nak g klinik pun kalau demam. Ni lg la... Budak kecik yg x tahu pe2. Seb baik x lama sy dukung dia leh tido.
Baru shj sy letakkn dia atas katil, doktor panggil lg. Dlm hati ni, "Ape la lagi ni. Da mlm ni. Sian la kat Damia yg baru tido ni. Dah2 la tu... Tak payah la... Tadi mase ambik darah, nape la tak buat sekali jarum tuk masukkn air tu....." Mcm2 yg sy ckp dlm hati. Mlm tu, dlm klaparn, sy memandang je makanan yg asben beli. Tak lalu nak menyuap kalau diiringi ngan jeritn Damia bagai meminta pertolongan menyatakn ksakitn yg teramat sgt....
Sekali lg, nurse bg Damia pd sy stlh jarum dlekatkn kat tangan Damia. Sian sgt. Damia klihatn cukup letih, meleleh2 air mata, basah bulu mata, tersedu2, matanya plak memandang kami spt berkata2 sesuatu & mcm2 la... Tak tkata sy lihat anak sdiri dlm keadaan cm tu. Sy cuma tingin nak tidokn Damia je. Sbb bg sy, bila Damia da tido, dia pasti x mrasai ksakitn tu. Mase nurse sibuk2 dok uruskn botol air nak masuk kat tangan Damia, sy tanya la kat nurse tu. Slps ni de lg x panggiln tuk Damia. Al-hamdulillah, dia kate x de & bole g tido & berehat. Tp Damia mesti bpuasa & kali terakhir bg susu adalah jam 2.00 pg & minum air putih jam 4.00 pg.
Ape lg sy nak kate kalau anak kecil yg kerap menyusu dminta bpuasa. Sedey..... Jam 1.30 pg, nurse dtg minta kami buat susu suh bg Damia minum. Tp, sy kenal sgt anak sy ni kalau dia x nak, dia x nak sungguh. Puas la kami cuit mulut dia, x mo langsung dia buka mulut. Malah dia ketatkn lg bibir tomei dia tu. Hm...
Senyum yg dbuat2 :(
Semlmn kami x tido. Asben de la juga dpt lena atas kerusi malas yg dsediakn. Tp, sejukny, Tuhan shj yg tahu. Kami bcakap2 sesama kami pun mengigil2 bibir, bketap2 gigi. Yg klakarnye, asben kate dia solat pun mgigil2 badan. Pendek kate, kalau suh pegang air la, x mo rase. Kalau bole x nak g tandas pun. Makin jauh mlm makin sejuk. Selimut yg dberi langsung x mhangatkn bdn. Asben plak blapis bj da dia pakai. Kami2 ni x de la pengalaman tido kat spital cengini. Kali ptama tido spital kat DEMC. Suhu ok2 je sbb kita yg kawal aircond tu. Kali k2 kat Hospital Besar Muar, stiap katil de kipas siling sdiri. Leh kawal juga suhunyer... Tp kali ni kat spital UMMC. Dia pakai aircond yg centralize punya. Hm, memang x le nak buat pe. Tadah je la...
Jam 4.00 pg mase takhir Damia minum air putih. Gitu juga. Dia x mo buka mulut. Hati sy da x bape nak besh sbb Damia kuat minum. Mau2 bila dia tjaga nanti 6 oz sekali isap pun dia bole layan. Sy da susahati. Akhirnya, jam 5.00 pg Damia tjaga & sy mohon kbenarn dr nurse tuk bg dia air. Nurse bg hanya 1 oz, tp sy bg lebey sbb Damia susah nak tanggalkn botol dr mulut. Sian sgt. Rase nak menitis airmata. Dgn paksaan, kami gantikn botol air tu ngan baby pacifier. Sian, Damia x penah isap puting tu. Penah gak cuba tp dia loya cam nak tmuntah tu. Siap berair matenye. Sian de, klakar de. Tp pg tu, dia dpt terima tanpa menolak blk. Sian. Puting tu lekat kat mulut Damia shingga dia dsorong masuk ke bilik pbedahn. Sedey.... Sejak itu, sy pun ikut bpuasa. Tak smpi ati nak telan makanan sedangkn Damia mderita tpaksa isap puting yg x penah dia nak tu tuk leka dr menangis klaparn. Siankn? :(
Tak lama, nurse dtg & beritahu Damia akan menjalani pembedahan pertama pg tu. Jam 7.00 pg Damia dgantikn dgn bj pbedahn. Jam 8.00 pg kami da de kat dewan pbedahn. Bnyk2 org yg menunggu tuk pebedahn, Damia org yg paling halus. Sian... Sementara menanti tuk masa pbedahn, kami jumpa dgn pakar bius. Rupa2ny, srupa cam sy masa nak bsalinkn Damia dulu. Dia akan bius kat tulang belakang dkt ngan pungung. Sian.......
Damia dsorong masuk kbilik pbedahn dlm keadaan tido sambil menghisap puting. Sian.... Ttutup je pintu pbedahn tu, sy mengalirkn air mata tanpa henti shingga jam 10.30 pg. Ade la dlm 3 jam sy basahkn pipi dgn airmata. Sy rase spanjang mase pbedahn tu blangsung, suara Damia, wajah Damia, silih bganti blegar2 dfikirn. Sikit pun sy x bole nak lupakn dia. Nak citer balik perkara ni yg dah blalu hampir 15 hari pun bole buat sy mengalirkn airmata. Sedey.....
Dgn mata yg berkaca2 penuh dgn airmata, nurse panggil mummy Damia tuk masuk ke dewan pbedahn... Mase tu asben g bilik air. Sy sensorang la g dewan bedah tu. Rase nak tlanggar kerusi, meja, pintu, dinding bagai sbb mata x clear. Sibuk ngan airmata jer... Tpaksa la nurse tu bw sy g kat katil Damia. Smpi je apa yg sy tgk?
:
:
:
:
:
:
:
:
Wajah anak yg dsyg2 berada dlm keadaan yg sgt la menyedihkn....... Dgn keadaan dia yg tenang tu, buat sy lebih sayu lg. Mcm2 yg sy fikir... Damia masih belum tahu apa2!!!! Apa yg blaku sume dia tak tahu. Siannyer........ Harapny, pderitaan Damia telah berakhir....... Amin.
Walau slps pbedahn pun, Damia masih lg perlu bpuasa sehingga jam 12.30 tengahari.. Sian... lebey 7 jam Damia bpuasa. Sedar2 je, kami tpaksa sumbatkn lagi mulut dia ngan puting pink tu. Sian. Tpaksa la Damia lena lg dgn keadaan yg masih lapar. Tp, al-hamdulillah sbb kesan bius tu buat Damia masih lagi mahu mlelapkn mata.
Daddy Damia tggu Damia bgn tido tuk bsiap sedia bg susu.
Bila Damia da sedar, susu pun dah minum, doktor pun kate Damia cepat sembuh sbb Damia dpt mengembalikn suhu badan kpd normal dgn cepat, tak demam, tak muntah & da buang air besar. Al-hamdulillah, harapnya betul la org kate, kalau baby cepat je sembuh sbb dia budak muda. Dan sy juga bsyukur kpd Allah swt sbb sejak lahir Damia x penah demam ke seme ke batuk ke atau pe2 hal yg membimbangkn. Cuma penyakit ni je yg mhantui. Harapn masih sama, semoga Damia cepat sembuh & jalani khidupn hari2 dgn baik & mbesar bagaikn johan!!!!! :)
Bila cebukkn dia, ni la yg sy takut nak tgk tp tpaksa tgk juga. Sian... Damia juga mpunyai parut belahn kat perut sama cam mummy...... Daddy plak carik kalau de produk yg leh ilangkn parut. Insya Allah... Damia sayang, kami sentiasa buat yg tbaik tuk Damia ok. Bnykkn bsabar & hadapi dugaan Allah swt dgn redha.. Lain orang lain dugaannya. Ini bahagian kita.......